Connect with us

Kemalangan

Rakaman Video Detik Cemas 9 Sekeluarga Maut Kereta Terjatuh Dalam Sungai Di Sarawak

Sembilan sekeluarga maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh dari feri ke dalam sungai di Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, Beladin, Sarawak. Orang ramai yang berada di tempat kejadian bergegas membantu mangsa namun semuanya kelihatan tidak sedarkan diri termasuk seorang bayi.

Kereta tergelincir



Menurut laporan Bomba di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota yang dinaiki keluarga tersebut dipercayai tergelincir dari feri yang sedang dalam proses menyeberangi sungai besar itu.

Senarai sembilan mangsa yang terkorban selepas kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki mereka terjatuh dari sebuah feri di Jalan Beladin Triso di sini, hari ini.

Advertisement

1, Siti Aisha Abdullah, 36 tahun
2, Mohd. Ahmad Mohd. Hamdan, 4 bulan
3. Muhd. Mustaqim Mohd. Hamdan, 5 tahun
4. Mohd. Aiman Mohd. Hamdan, 7 tahun
5. Ronany Ting, 33 tahun (Pemandu)
6. Wallace Phang, 7 tahun
7. Alvin Phang, 12 tahun
8. Khairunnisa Mohammad, 14 tahun
9. Nor Shuhada Mohamad, 16 tahun

Difahamkan siasatan berhubung tragedi itu masih giat dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Sembilan orang, termasuk beberapa kanak-kanak dipercayai lemas di Sungai Batang Lupar selepas pacuan empat roda yang mereka naiki tergelongsor dari feri di Jeti Triso.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi kenyataan berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.14 petang dan menghantar dua pasukan dari balai Simunjan serta Saratok ke tempat kejadian.

Baca: Bayi Empat Bulan Serta 3 Kanak-Kanak Antara 9 Disahkan Maut Kereta Terhumban Dalam Sungai

Advertisement


Sumber: Buletin TV3

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel