Connect with us

Terkini

Semakan i-Sinar: Status Permohonan & Tarikh Pembayaran Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Untuk makluman, semakan iSinar Kategori 1 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP) boleh dibuat bermula 4 januari 2021.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my


Cara Semakan iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my

Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:

Advertisement
  1. Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Sila cari butang SEMAK STATUS
  3. Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.
cara semakan isinar kategori 1

Cara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP

Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
  3. Klik pada peti mesej atau inbox
  4. Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan
semakan isinar

Tarikh Pembayaran i-Sinar Kategori 1

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021.
  2. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  3. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
  4. Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

Permohonan i-Sinar Kategori 2

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jika anda TIDAK LULUS Kategori 1, anda boleh membuat permohonan untuk Kategori 2 yang akan dibuka bermula 11 Januari 2021.

Syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

*Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Maklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 1

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Advertisement

Jika anda masih belum memohon pengeluaran, cara permohonan adalah seperti di bawah.

Syarat Kelayakan i-Sinar

Syarat kelayakan permohonan i-Sinar Kategori 1 adalah:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 (Mulai 21 Disember)

Bagi memudahkan ahli membuat permohonan dalam tempoh pandemik ini, KWSP menyediakan kemudahan permohonan HANYA secara dalam talian (online).

Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 online adalah seperti berikut:

  1. Layari isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan No IC dan No Tel Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
  5. Tetapkan Amaun Pilihan
  6. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
  7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
  8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
  9. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan  sebelum tekan HANTAR
  10. Permohonan telah diterima dan akan diproses
i-sinar kategori 1

Nota:

  • Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  • Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    • Masih aktif
    • Milik anda
    • Bukan akaun bersama (Joint Account)
  • Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  • KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

Tempoh Permohonan i-Sinar Kategori 1

Tempoh permohonan bagi Kategori 1 akan dibuka selama 6 bulan mulai 21 Disember.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Sinar Kategori 1, layari laman web i-Sinar KWSP atau FAQ (Soalan Lazim.

Advertisement

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

i-sinar kategori 1

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel