Connect with us

Pilihan Editor

Ahmad Maslan Tidak Mahu “Bergaduh” Dengan Khairy Jamaluddin

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau tidak mahu “bergaduh” dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi satu ciapan di twitternya, Ahmad Maslan memilih untuk tidak bergaduh dengan Khairy Jamaludin sebaliknya mahu semua pihak menumpukan kepada usaha untuk mendapatkan vaksin Covid-19.



Kenyataan tersebut menyusul selepas Khairy mengulas tentang pemikiran Setiausaha Agung UMNO itu yang dirumuskan sebagai ‘goreng pisang’ apabila beliau membangkitkan perihal hubungan UMNO dan Bersatu.

Memilih untuk tidak “bergaduh”, Ahmad Maslan sebaliknya meminta semua pihak supaya menumpukan usaha supaya vaksin Covid-19 dapat disegerakan.

Advertisement

“Saya tidak mahu “bergaduh” dgn YB @Khairykj ttg isu pemikiran #PisangGoreng ke atau #GorengPisang

“Ayuh kita tumpu utk segerakan #vaksin #Covid19. Kes ratusan ribu, mati ratusan #rakyat Moga YB KJ, YB DS @DrAdhamBaba, DS @tzafrul_aziz & YAB @MuhyiddinYassin akan segerakan vaksin,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Terdahulu Khairy dalam sidang media di Putrajaya berkata, kenyataan Ahmad Maslan bahawa UMNO mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu disebabkan kes mahkamah membabitkan bahagian UMNO sebagai taraf pemikiran pisang goreng.


“Kalau kita (UMNO) tidak mahu sokong sebab kerajaan PN enggan mencampuri kes mahkamah yang dihadapi ramai pemimpin UMNO, itu sudah taraf pemikiran pisang goreng,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Malaysia Grand Challenge di kementeriannya di sini, kelmarin.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel