Connect with us

Terkini

Gempar Bangunan KWSP Miri Dilontar ‘Molotov Cocktail’

MIRI: Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terletak di Pusat Komersial Centre Point, Miri, Sarawak rosak selepas dipercayai dilempar dengan bom petrol atau molotov cocktail, pada petang Jumaat.



Memetik laporan Borneo Post, saksi memberitahu kejadian dipercayai dilakukan seorang suspek bermotosikal yang bertindak melempar bom buatan sendiri itu ke arah pejabat berkenaan, seterusnya balingan itu terkena pada ruang di antara tingkat dua dan tiga bangunan itu.

Sementara itu portal Utusan Borneo melaporkan Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika mengesahkan mengenai kejadian terbabit.
Menurutnya, polis ke tempat kejadian sejurus menerima laporan dari Ketua Cawangan KWSP Miri sekitar jam 3.36 petang.


Siasatan lanjut masih dijalankan polis mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan. – Astro Awani

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel