‘Jangan Hina KeIuarga Saya Kerana Ayah Saya Dah Lama MeninggaI Dunia’ – Disamakan Macam Khinzir Ketika ‘Live’, Gadis Terkilan Keluarga Turut Dihina Netizen

Baru-baru ini, seorang gadis menerima kritikan dan ‘face shamming’ dari netizen sewaktu dia membuat Live di TikTok mengenai tutorial solekan. Netizen turut menyamakan wajah gadis tersebut dengan khinzir dan sampah di ruangan komen.


Terbaru, memetik laporan Harian Metro, gadis yang dikenali sebagai Nurul Janatul kecewa dengan sikap segelintir netizen mengaitkan dengan ayahnya yang sudah meninggal dunia. Malah, dia mampu lagi untuk bersabar sekiranya netizen mengecam fizikal dirinya.

Ketika membuat Live di laman TikTok, terdapat beberapa akaun lain yang tidak dikenalinya telah melontarkan kata-kata negatif dan berbentuk menghina fizikal Nurul Janatul. Lebih terkesan lagi apabila kritikan tersebut melibatkan ayahnya yang sudah meninggal dunia.

Saya boleh bersabar lagi jika mereka mengecam fizikal saya tetapi jadi sedih dan marah apabila ada yang mengaitkan keluarga kerana ayah saya sudah lama meninggal dunia.

Seperti biasa, saya akan bersembang sementara menunggu lebih ramai pengikut menyertai siaran langsung diadakan. Namun, sebelum bermula lagi sesi tutorial sudah ada yang mengecam dan menyamakan wajah saya dengan khinzir dan sampah.

Advertisement

Biarpun dikecam teruk oleh netizen, Nurul Janatul terus kuat untuk membersihkan solekan pada wajahnya sebelum menamatkan Live itu. Difahamkan, pada mulanya dia berhasrat untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, namun, apabila diperiksa terdapat beberapa akaun tersebut telahpun dinyahaktifkan.

Ada juga yang meminta saya menamatkan siaran langsung dan menutup akaun TikTok tetapi paling terkesan apabila seorang warganet mempersoalkan ibu ayah saya tidak mengajar saya. Biarpun dikecam, saya teruskan tutorial dan membersihkan solekan selepas itu sebelum menghentikan siaran langsung selepas sejam.

Tindakan itu bukan kerana sentap seperti diperkatakan mereka tetapi geram apabila ada yang sanggup menghina hingga mempermainkan keluarga saya.


Saya dan keluarga ada memeriksa akaun individu terbabit juga sudah dinyahaktif. Malah, keluarga nasihatkan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan lagipun individu terbabit masih bersekolah jadi tidak mahu dia diambil tindakan.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago