Connect with us

Pilihan Editor

Najib Cadang Tangguh Sesi Persekolahan 2021

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penggal persekolahan 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina.

Ini kerana situasi pandemik Covid-19 yang hampir memasuki Gelombang Keempat kini semakin parah dengan jumlah kes tertinggi pernah dicatat adalah melebihi 3000 kes sehari.



Berbanding Gelombang Kedua yang berlaku selepas Ijtimak Tabligh Sri Petaling pada Mac lepas, yang mencatat keseluruhan kes yang berlaku dalam masa sebulan adalah sebanyak 4509 kes antara 18 Mac sehingga 16 April 2020 lepas.

Selepas itu bermula pada  bermula 17 April menunjukkan penurunan ketara hanya dua digit sehari sehingga Oktober, yang kemudiannya memuncak naik selepas PRN Sabah.

Advertisement

Trend meningkat mendadak tersebut berterusan mencecah empat angka sejak Disember sehingga kini dan dikhuatiri akan meningkat lagi jika tidak berjaya dikawal sepenuhnya.

Diharapkan pihak kerajaan dapat menangani pandemik ini sebaik mungkin, termasuk kemungkinan menangguhkan kembali persekolahan yang dijangka akan dibuka semula pada 21 Januari depan.

Apatah lagi banyak negeri dilanda musibah banjir akhir-akhir ini yang dilihat memberi kesan yang besar di seluruh negara.

Oleh itu Najib mencadangkan agar sesi persekolahan bagi tahun 2021 ditangguhkan ke satu masa yang lebih sesuai kelak akibat daripada ancaman pandemik Covid-19 yang semakin tinggi serta akibat banjir yang berlaku.

Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi Covid semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat di beberapa negeri zon merah.”

Advertisement

Beliau turut mencadangkan sekolah ganti boleh dibuat dengan membatalkan cuti penggal pertama dan cuti pertengahan tahun.

Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (9 hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari).”


Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sesi persekolahan akan bermula mengikut takwim 2021 kerana ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna

Adalah diharapkan melalui pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan pada Isnin depan ini dapat menimbangkan cadangan penangguhan sesi persekolahan bagi tahun 2021 ini agar peningkatan kes pandemik Covid-19 di negara ini dapat dilandaikan dengan segera.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel