Connect with us

Terkini

Pramugari Christine Angelica Dacera Dipercayai Dirogol Bergilir-Gilir 11 Lelaki Sebelum Dibunuh

Kisah mengenai kematian pramugari Philippines Airlines, Christine Angelica Dacera, 23 tahun, mendapat perhatian dunia apabila dia dijumpai mati di dalam sebuah tab mandi di sebuah hotel di Filipina. Menerusi laporan Daily Star, mangsa sebelum itu bersama kawan-kawannya bagi menyambut tahun baru 2021.



Namun, momen-momen yang menggembirakan itu bertukar tragedi buat mangsa. Kesian!

Susulan penemuan Angelica yang tidak lagi sedarkan diri ketika itu, mangsa dibawa oleh tiga rakannya dibantu dengan kakitangan hotel ke hospital berhampiran namun, mangsa ketika itu sudah meninggal dunia. Menurut Ketua Polis Bandar Makati, Kolonel Harold Depositar, pihaknya menahan 11 lelaki yang merupakan individu terakhir bersama dengannya pada waktu kejadian.

Hasil siasatan yang dilakukan, pihak polis berjaya menemui kesan koyakan, lebam, cakaran dan sperma di bahagian kemaluan Angelica. Susulan daripada itu, pihak polis kini menanti hasil laporan bedah siasat bagi menentukan tindakan terhadap penahanan 11 suspek itu. Difahamkan, tiga daripada 11 suspek itu merupakan rakan mangsa sendiri, manakala selebihnya tidak dikenali oleh mangsa.

Advertisement

Manakala menerusi laporan The Sun,seorang saksi yang dikenali sebagai Galida, menceritakan dia sempat melihat Christine yang masih tidur dalam bilik mandi dan dia ketika itu sempat ‘menyelimuti’ Christine sebelum tidur semula. Namun, selang beberapa jam, Christine dilihat tidak lagi sedarkan diri ditambah pula keadaan badannya yang sudah mula membiru.

Pihak polis mempercayai mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes rogol. Tidak berakhir di situ, pihak polis turut menjumpai beberapa barangan terlarang di hotel tersebut. Kini, kes tersebut telah diklasifikasi sebagai kes rogol. Terbaru, lapor News Info, kes tersebut telah ‘ditutup’ berikutan pihak polis sudah berjaya mengenal pasti suspek yang terlibat dalam tragedi itu.

Kes ini dianggap selesai berikutan suspek telah berjaya dikenal pasti dan tindakan selanjutnya bakal diambil.

Trending di media sosial


Kes kematian Christine mendapat perhatian dunia sehingga penggunaan #JusticeForChristineDacera bagi menuntut keadilan buatnya. Malahan, ada yang mempertahankan jika seseorang itu mabuk, ia tidak boleh dijadikan alasan untuknya dirogol.

Sebelum kejadian, pada 28 Disember yang lalu, mangsa ada memuat naik gambar terakhir yang menunjukkan dirinya memakai sut peralatan perlindung diri (PPE) dan bersandar di pintu pesawat.

Sumber: Daily Star,The Sun & News Info

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel