Connect with us

Terkini

[Video] “Duit i-Sinar Kami Dahulukan Untuk Mak,” – Dapat Duit i-Sinar, 6 Beradik Sepakat Beli Gelang Emas Hadiah Buat Ibu Tercinta

Umum sedia maklum bahawa kumpulan pertama pemohon I-Sinar telah diterima oleh rakyat Malaysia.

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat membangun kembali ekonomi susulan kegawatan yang berlaku disebabkan pandemik Covid-19.



Masing-masing pasti mempunyai perancangan yang tersendiri untuk membelanjakan wang tersebut.

Namun, berbeza pula dengan adik-beradik ini yang mendahulukan ibu mereka dalam membelanjakan wang tersebut.

Advertisement

Susulan daripada itu, menerusi satu perkongsian oleh individu ini yang tular di media sosial, beliau bersama adik-beradiknya telah menggunakan sebahagian wang I-Sinar yang diterima untuk menggembirakan hati ibu tersayang dengan menghadiahkan barang kemas baharu buat insan istimewa itu.

Sambut hari lahir insan istimewa

Menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi Tiktok Norsilawati Mohamad, dia berkongsi dengan adik-beradiknya untuk membeli hadiah buat ibu mereka menggunakan wang yang diterima.

@anggun_juwitaI Sinar dahulukan untuk mak . Tak sangka mak menangis 😭 #isinar #isinarkwsp #isinar10k #fyp♬ original sound – Me

Emak nangis dapat kejutan

Selepas menerima wang tersebut dia dan beberapa adik-beradiknya bergegas ke kedai emas dan membuat kejutan kepada ibu mereka dengan memberikan seuntai gelang emas bersaiz besar.

Dapat dilihat ibu mereka itu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima hadiah yng tidak disangka-sangka daripada anak-anaknya.

Advertisement
@anggun_juwitaTangisan mak adalah kebahagian kami adik beradik 😭❤️ @#isinar10k #isinarkwsp #fyp #bisnesonline♬ original sound – Norsilawati Mohamad

Dapat I-Sinar dahulukan emak

Tambah Norsilawati lagi, senyuman dan tangisan kegembiraan ibu adalah satu kebahagian buat mereka kerana paling tidaknya dapat menyenangkan hati insan tersayang menggunakan duit daripada I-Sinar itu.

@anggun_juwitasenyuman mak kebahagian kami.. #bisnesonline #fyp #isinarkwsp #isinar10k #isinar♬ original sound – Norsilawati Mohamad

Anak yang baik bahagiakan orang tua

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyatakan rasa terharu diatas kejutan yang dilakukan oleh pengguna Tiktok itu kepada ibunya.


Mereka juga sempat menitipkan pesan supaya terus menggembirakan hati ibu tersayang semasa insan itu masih lagi ada bersama keluarga.

Advertisement

Selagi masih punya ibu, bahagiakanlah

Seronok tengok mak happy

Kita pun nangis tengok mak nangis

Kalian memang anak yang hebat

Sumber: Norsilawati Mohamad

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel