Ahmad Jazlan Tarik Balik Sokongan Terhadap Kerajaan PN

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Jazlan Yaakob hari ini mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu mengumumkan perkara itu pada sidang media di Bangunan UMNO Negeri Kelantan di sini.

Sabtu lalu, beliau melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ahmad Jazlan menjelaskan ini sekali gus menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen yang kedua dari blok kerajaan berbuat demikian selepas perkara sama dilakukan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Advertisement

Menurutnya, surat berkaitan tindakannya itu akan dimaklumkan kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lama lagi.

Video: Datuk Ahmad Jazlan Umum Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan PN

Pada 6 Jan lalu, Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan perkara itu akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO 31 Jan ini.

— BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

39 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

24 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago