Ismail: Jangan Sebar Maklumat Palsu Pelaksanaan Semula PKP

Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai spekulasi pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata penyebaran maklumat di media-media sosial itu hanya akan menyebabkan perkara luar jangkaan seperti pembelian panik.


“Jangan terpengaruh dengan khabar angin di media sosial, contohnya malam tadi kononnya polis akan mengenakan sekatan jalan raya dan tidak membenarkan orang keluar rumah tetapi sebenarnya tidak berlaku seperti itu.

“Jangan bimbang, esok akan ada pengumuman…selepas pengumuman barulah kita tahu perkara yang sebenarnya, jadi jangan lebih awal daripada pengumuman kita sudah panik dengan menyerbu pasar raya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan barangan bantuan banjir di Kem 8 Briged di Kota Bharu.

Advertisement

Dia berkata kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai aspek dalam pendekatan menangani penularan pandemik Covid-19 termasuk kesihatan dan keperluan aktiviti ekonomi.

Sementara itu, ditanya mengenai penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Saya hanya tahu perkara ini melalui media. Saya juga tidak tahu sama ada telah dibincangkan di peringkat negeri atau tidak,” kata Naib Presiden Umno itu.

Semalam, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan tiba di Kota Bharu dengan pesawat A400M TUDM bagi tinjauan pelaksanaan Operasi Murni untuk mangsa banjir serta meninjau keadaan banjir di Jajahan Pasir Mas.

Advertisement


Pesawat berkenaan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu turut membawa barangan bantuan untuk mangsa banjir negeri Kelantan, bernilai kira-kira RM100,000 yang disumbangkan Kementerian Pertahanan.

Ismail Sabri seterusnya menyerahkan bantuan itu yang antaranya tilam, bantal, selimut, baju sejuk dan kain kepada wakil mangsa banjir pada satu majlis di Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa di sana.

Hadir sama Panglima Tentera Darat Jen Zamrose Mohd Zain dan Panglima 8 Briged Brig Jen Zamsari Abu Hasan.

Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

5 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago