Connect with us

Pilihan Editor

Hanya Lima Sektor Ekonomi Perlu Dibenarkan Beroperasi Semasa PKP – PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Kerajaan membenarkan lima sektor ekonomi perlu beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan untuk tempoh selama 14 hari mulai Rabu, 13 Jan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sektor tersebut adalah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi.



“Sektor ini dibenarkan beroperasi kerana peranannya menyokong kerja-kerja membekal keperluan asas seperti makanan, minuman, dan barangan keperluan rumah serta penjagaan diri, kelengkapan Peralatan Pelindung Peribadi (PPE), peranti perubatan dan ubatan kepada petugas kesihatan, aktiviti perdagangan antarabangsa, memastikan rantaian bekalan tidak terputus dan menyokong infrastuktur kritikal dan kerja-kerja kecemasan,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian sewaktu menyampaikan perutusan khas pelaksanaan PKP yang disiarkan secara langsung hari ini.

Advertisement

Menurutnya, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala keperluan kumpulan sokongan akan ditentukan majikan.

Jumlah pekerja yang ditentukan perlu mengambil kira pematuhan ketat prosedur operasi standard (SO) yang ditetapkan.

“Mana-mana majikan yang melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19 ditempat kerja, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperincikan jenis-jenis perkhidmatan yang disenaraikan sebagai sektor ekonomi perlu.


Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai sektor ekonomi perlu, arahan bekerja dari rumah akan berkuat kuasa.

Advertisement

Semua majikan mesti mematuhi arahan untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi, tambahnya.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel