Connect with us

Terkini

Nahas Sriwijaya Air: ‘Kita Pulang Dulu Ya’ – Lambaian Terakhir Penumpang Sebelum Terhempas

Semalam, media melaporkan tentang sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air, yang terhempas selepas berlepas dari  Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak. Menerusi laporan, pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa 62 penumpang dan anak kapal.



Namun, salah seorang mangsa nahas yang dikenali sebagai Ratihwindania, sempat memuat naik beberapa Instastory di laman Instagramnya sebelum nahas itu terjadi.

Menerusi dua Instastory tersebut, wanita itu begitu ‘teruja’ melambai ahli keluarganya yang lain sebelum berangkat bersama pesawat tersebut. Tambahan pula, keluarganya dilihat ramai yang datang dan menunggu sehingga dia berlepas.

Siapa sangka dua Instastory itu, memberi gambaran dia akan pergi buat selamanya.

Advertisement

Byebye keluarge semue.. Kita pulang kampung dulu yaaa. Da da daa!

Difahamkan, mereka ketika itu dalam perjalanan ingin pulang ke kampung. Seramai lima orang daripada keluarga itu, menjadi mangsa nahas pesawat terhempas.

Terbaru, Pasukan Tindakan Kecemasan melaporkan sudah menemukan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu.


Terdahulu, pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Pesawat tersebut berlepas pada jam  2.36 petang waktu Indonesia Barat, dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ratih (@ratihwindania)

Advertisement


Video: ‘Kita Pulang Dulu Ya’ – Lambaian Terakhir Penumpang Sebelum Terhempas

Sumber: Ratihwindania

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel