Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz Pula Umum Tarik Balik Sokongan Terhadap PM

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz secara rasminya menarik semula sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Nazri menerusi satu sidang media yang disiarkan Astro Awani, beliau berkata keputusan tersebut adalah demi kebaikan dirinya dan juga masa depan parti UMNO.

“Kita tidak menentukan bila pilihan raya tetapi dengan menariknya sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin, ini bermakna bahawa hari ini kerajaan sudah ada 109 sahaja (kerusi), sudah tidak ada majoriti.

“Jadi inilah keputusan yang saya buat,” katanya dalam sidang media tersebut.

Advertisement

Difahamkan, berkemungkinan akan ada ahli parlimen lain yang turut akan menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Muhyiddin.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel