Connect with us

Terkini

DARURAT: Agong Perkenan Tubuh Jawatankuasa Bebas Libatkan Ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang, Pakar-pakar Kesihatan & Pihak Berkaitan

KUALA LUMPUR – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah perkenan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas melibatkan ahli-ahli parlimen pihak kerajaan dan pembangkang.

Titah Seri Paduka Baginda menerusi satu perutusan, turut sama yang terlibat dalam usaha tersebut adalah pakar-pakar kesihatan dan pihak yang berkaitan.



“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” jelas perutusan tersebut hari ini.

Dalam masa sama, Al-Sultan Abdullah turut perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dapat dilaksanakan ekoran situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara ini berada pada paras amat kritikal.

Advertisement

Tempoh darurat yang diperkenankan adalah sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal sekiranya angka kes hariana COVID-19 dapat dikawal.


Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel