Connect with us

Pilihan Editor

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin Disahkan Positif COVID-19

Pejabat Menteri Kementerian Dalam Negeri melalui satau kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook sebentar tadi memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19.



Keputusan berkenaan dimaklumkan oleh KKM selepas beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada 11 Januari.

“Oleh yang demikian, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

Advertisement

“Sehubungan itu, semua kontak rapat YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2021 dimohon untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19 mengikut saranan pihak KKM,” menurut kenyataan itu lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang medoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel