Connect with us

Terkini

‘Saya Sudah Umur 95 Tahun, Nak Berjalan Pun Tak Berapa Betul’ – Tun Mahathir Tidak Bertanding PRU-15

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini secara terbuka mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Malah Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberikan alasan faktor sudah berusia lanjut dan akan memasuki usia 96 tahun pada 10 Julai ini.



“Bertanding lagi? Tak payahlah, saya sudah umur 95 tahun, nak berjalan pun tak berapa betul, takkkan nak suruh saya kena bertanding lagi, cukuplah,” katanya ringkas sambil tertawa.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Human Life Advancement Foundation berkata dalam sidang akhbar ketika ditanya kemungkinan bersedia bertanding pada PRU-15 kelak.

Advertisement

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu melancarkan portal jualan herba tempatan, Herbee dengan kerjasama Macro Tech Ventures di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.


Sumber: Utusan Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel