Connect with us

Terkini

Harimau Menangis: Netizen Tak Setuju Ibu Neelofa Daftar ‘Trademark’

Ibu kepada pengacara popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah melancarkan produk makanan yang merupakan resipi dari Thailand iaitu Daging Harimau Menangis. Makanan tersebut mendapat permintaan yang tinggi setelah berada di pasaran sejak tahun lalu.



Namun kontroveri tercetus apabila ibu Neelofa dikatakan telah mendaftar ‘trademark’ perniagaan Daging Harimau Menangis yang dijualnya itu.


Rakaman video di IG Story Datin Kartini sempat dirakam pengguna Twitter dan menjadi perhatian ramai sehingga mendapat lebih 6 ribu retweet.

Advertisement

Menerusi perkongsian video tersebut, Datin Kartini memaklumkan nama resepi tersebut telah didaftar untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan nama tersebut.

Hal ini membuatkan ramai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.

Rata-rata netizen meluahkan pandangan dan tidak bersetuju apabila ibu Neelofa ini didakwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.

Salah seorang pengguna Twitter iaitu Aindzaya berkongsikan pengalaman pernah bekerja di sebuah syarikat penjenamaan (branding). Menurutnya, proses penjenamaan produk mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk mendapat kelulusan.


Disebabkan isu berkenaan, terdapat segelintir netizen yang mengusulkan mahu menghantar dan mengisi borang bantahan dalam laman web MyIPO terhadap tindakan tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, terdapat netizen yang mendakwa Noor Kartini hanya mendaftar logo grafik Harimau Menangis bukannya perkataan tersebut agar tidak disalah guna oleh pihak lain.

Daging harimau menangis merupakan daging pejal pada bahagian dada di bawah tulang pinggang lembu.

Menurut MyIPO dalam laman webnya, cap dagangan bermaksud apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Untuk pengetahuan, MyIPO menyediakan perkhidmatan pendaftaran untuk paten, tanda dagangan, reka bentuk industri, petunjuk geografi dan pemberitahuan sukarela hak cipta.

Sumber: Azli AdzifAstro Gempak, Azrul Haqim, Kosmo

Advertisement

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel