Connect with us

Terkini

“Sampai Je Semua Kenal Saya, Berulang Kali Mereka Ucap Terima Kasih” – Mangsa Banjir Kaum India Terharu Ustaz Ebit Datang Melawat & Hulur Bantuan

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sifat dermawannya dan suka membantu orang ramai yang dalam kesusahan.

Terkni menerusi satu perkongsian di Facebook pagi ini, beliau berkongsi tentang ziarahnya menyantuni mangsa-mangsa banjir daripada kalangan kaum India di Pahang.



Walaupun berbeza warna kulit, bangsa dan agama, namun itu bukan jadi penghalang untuk beliau menyumbangkan baktinya selaku sukarelawan.

“Dah lewat ziarah masyarakat India Kuala Krau, Temerloh. Air banjir di tempat mereka dah surut.

Advertisement

“Sampai je semua kenal saya. “Ini Ebit Lew ye?”. Berebut-rebut mereka ajak bergambar,” katanya.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Kepenatan mental mereka yang diuji dengan musibah banjir seakan-akan hilang apabila Ustaz Ebit sudi bertandang ke sana.

Seperti biasa, ada buah tangan dan ‘hadiah’ diberikan beliau kepada mereka sebagai tanda kasih atas nama persaudaraan.

“Saya bawa hadiah untuk mereka dan sedikit duit belanja. Semua tengah bersihkan rumah.

“Semangat mereka dan mesra je,” jelasnya.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Difahamkan, agak banyak juga kerosakan yang dialami mereka, malah Ustaz Ebit Lew dapat ‘rasa’ bagaimana perasaan mereka semua yang diuji ketika itu.

“Berat ujian (mereka), barang banyak rosak. Ada dinding rosak dan dapur rosak. Terasa perasaan keluarga.

Advertisement


“Ulang kali mereka ucap terima kasih. Baik-baik sangat orang sini,” katanya lagi.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Untuk gambar-gambar selebihnya, boleh dilihat pada hantaran asal di pautan yang disertakan di bawah ini.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel