Connect with us

Terkini

‘Seronok Kan PKP’ – Belum Sempat Mula Kerja Dah Kena ‘Buang’ Sebab PKP, Netizen Turut Kongsi Pengalaman Sama

Peningkatan kes Covid-19 baru-baru telah menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali yang kedua.

Memang tidak dapat disangkal lagi ia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kehidupan rakyat yang semakin terhimpit kerana ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.



Begitulah juga yang dialami oleh individu ini apabila dia telah diberhentikan kerja kerana PKP. Belum masuk kerja dah kena buang.

Menurut perkongsian Thecakelapiz (Rais) di Twitter, dia berkata baru sahaja diterima bekerja tetapi telah ‘diberhentikan’ walaupun belum sempat melakukan apa-apa pekerjaan.

Advertisement

Difahamkan, individu ini baru sahaja menamatkan pembelajarannya di peringkat Diploma tetapi siapa sangka impian untuk memiliki pekerjaan tidak dapat dicapai buat masa sekarang kerana pelaksanaan PKP.

Netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dimana ramai daripada mereka menerima yang serupa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengalami nasib yang sama. Malah tidak kurang juga ada yang terpaksa ‘menutup’ perniagaan mereka sepanjang PKP.

Semua benda tergendala


Sementara itu, ada syarikat tidak dapat beroperasi seperti biasa dan pihak pengurusan terpaksa membatalkan pengambilan pekerja baru.

Malah sepanjang waktu genting ini, ada yang terpaksa memberhentikan pekerja yang sedia ada semata-mata untuk mengurangkan kos.

Advertisement

Sumber: Thecakelapiz (Rais)

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel