Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Pulau Pinang

 136 total views,  6 views today

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, disahkan dijangkiti Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Twitter rasmi KKMM, beliau menjalani ujian saringan tersebut pada Isnin (11 Januari) sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang.



Kata kenyataan itu, beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut megikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau yang bearda dalam keadaan stabil memohon maaf kepada semua di atas segala kesulitan yang timbul.

Terdahulu, Zahidi telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25 Disember lalu dan keputusannya adalah negatif.

Sumber: Twitter KKMM