Connect with us

Terkini

[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini telah memuatnaik satu video di Twitter yang memaparkan dirinya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah penduduk yang dimasuki banjir.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah cara kerja yang dilakukan oleh beliau agak ‘luar biasa’ dan tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini.



Berdasarkan video pendek berdurasi 0:27 saat itu memaparkan Datuk Seri Ahmad Maslan bersama beberapa individu lain sedang melakukan aktiviti membersihkan dan membuang baki air banjir yang terdapat pada lantai rumah terbabit.

Tetapi apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan telah menjadi tumpuan ramai apabila dia membersihkan kekotoran lantai tersebut pada bahagian tengah terlebih dahulu.

Advertisement

Tindakan itu telah menjadi perbualan hangat netizen kerana secara logiknya orang akan membersihkan atau menyapu lantai bermula dari atas dan barulah bergerak ke tengah dan akhir sekali ke bawah. Tetapi ianya bertentangan dengan apa yang dilakukan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Malah gelagat Datuk Seri Ahmad Maslan yang menghalang seorang wanita melalui kawasan yang sedang dicucinya itu juga menjadi tarikan netizen sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai ‘meme’.

 


Sumber: Datuk Seri Ahmad Maslan

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel