Connect with us

Terkini

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Warkah Kepada Agong Batal Darurat

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen meminta mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merayu baginda membatalkan Pengisytiharan Darurat dan membolehkan persidangan Parlimen diadakan dengan kadar segera.



“Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang Parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Jan 2021 untuk membahaskan isu darurat, COVID-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19..

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas darurat pada hari sama menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa mulai 11 Jan, 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Advertisement

Perkara 150 (1) itu antara lainnya memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam persekutuan sedang terancam.


Ancaman pandemik COVID-19 kini menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di negara ini.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel