Connect with us

Terkini

Buat Laporan Palsu Dakwa Dirogol, Pelakon Drama Pendek Youtube Didakwa

Susulan daripada laporan palsu mendakwa dirinya dirogol, seorang wanita menerima padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu di atas dua pertuduhan.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin didakwa melakukan pemerasan kepada seorang lelaki sehingga mendatangkan ketakutan sesuatu bencana iaitu membuat laporan polis lelaki itu merogolnya.



Tertuduh melakukan perbuatan terbabit di sebuah restoran di Taman Bendahara Pengkalan Chepa pada 19 Disember tahun lalu.

Untuk tuduhan tersebut, pelakon drama pendek Youtube ini didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman sekiranya sabit kesalahan.

Advertisement

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memberi maklumat palsu pada 20 Disember lalu berkenaan kejadian rogol oleh lelaki sama dan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun. Difahamkan, laporan polis dibuat dengan niat mahu mereka dikenakan tindakan.

Bagi kesalahan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan. Tertuduh yang diwakili peguam, Riduan Ismail, merayu ikat jamin minimum kerana anak guamnya seorang suri rumah kepada empat orang anak.

Suami tertuduh pula hanya berniaga kecil-kecilan. Dengan keadaan sekarang, situasi ini amat membebankan anak guamnya.

Oleh itu, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM1,000 bagi pertuduhan kedua. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Februari hadapan.


Sumber: Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel