Connect with us

Terkini

Ebit Lew Luah Rasa Terharu & Sebak, Dilayani Baik Oleh Agong Semasa Misi Bantuan Banjir

Pendakwah bebas iaitu Ebit Lew menerusi perkongsiannya di laman Facebook meluahkan rasa terharu dan sebak selepas menjalankan misi bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.



Malah, lebih terharu lagi apabila Ebit Lew dan pasukannya telah dibelanja makan oleh YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa.

Ebit Lew tersentuh apabila mendapat layanan mesra daripada YDPA selain mendapat ucapan terima kasih daripada YDPA kerana pendakwah bebas itu telah membantu mangsa banjir di Pahang.

Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan.

Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA, Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja dari pagi sampai lewat malam.

Advertisement

Ebit Lew juga tidak menyangka yang YDPA akan mendekatinya dan mengajak untuk sesi bergambar bersama pasukan pendakwah bebas itu.

Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga. Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa je teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami.


Sumber: Ebit Lew

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel