Harimau Menangis: Ibu Neelofa Tarik Balik Permohonan

Ibu pengacara dan pelakon popular, Neelofa, Datin Noor Kartini nekad menarik balik permohonan penjenaman Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Noor Kartini berkata, dia memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan serta berharap keputusan itu dapat meredakan isu yang tular sehingga sohor kini di media sosial, lapor Utusan Online.


“Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan itu dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.,” katanya.

Advertisement

Noor Kartini berkata demikian dalam satu sidang media secara virtual yang berlangsung selama kurang lima minit sebentar tadi.

Tular di media sosial apabila warganet mula ‘menyerang’ ibu kepada pengacara popular itu selepas tangkap layar permohonannya di MyIPO tersebar.

Tambah panas, video yang memaparkan Noor Kartini yang sedang memasak daging Harimau Menangis itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah sudah mempatenkan resepi Harimau Menangis milik mereka.


Dalam pada itu, ibu Neelofa itu turut menegaskan, dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi sesiapa khususnya mereka yang berniaga produk daging Harimau Menangis.

“Bukan tujuan saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa. Saya berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya.

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago