Kes Baharu Covid-19 Tertinggi Direkodkan Hari ini 3,337 Kes Dengan 15 Kematian

 152 total views,  2 views today

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,337 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut KKM, kes yang dicatatkan pada hari ini adalah paling tinggi pernah direkodkan.


Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,337 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 147,855 kes secara keseluruhan.