Connect with us

Terkini

“YDP Agong Mempunyai Kuasa” – Ini Penjelasan Peguam Tentang 20 Kesan Darurat 2021

Negara kita telah mencipta ‘sejarah’ apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat buat negara ini pada 12 Januari lalu.

Proklamasi Darurat 2021 yang diperkenan Seri Paduka Baginda itu adalah sebagai satu usaha negara melawan ‘serangan’ pandemik COVID-19 yang semakin ‘mengganas’ berikutan angka kesnya semakin meninggi akhir-akhir ini.



Berdasarkan pengisytiharan tersebut, Malaysia akan melalui fasa darurat sehingga 1 Ogos ini, bagaimanapun dijangka mungkin sehingga lebih awal lagi sekiranya angka kes jangkitan COVID-19 dapat dikawal.

Menyentuh berkenaan darurat, apakah yang dimaksudkan dengan Proklamasi Darurat 2021 ini? Apakah ‘kuasa’ Agong dalam pentadbiran negara sepanjang perintah darurat ini?

Advertisement

Mari ikuti penjelasan daripada sudut perundangan oleh peguam jenayah, saudara Mufarwa Farid di bawah ini.

Apa kesan Darurat 2021?

Pada 14 Januari 2021, kerajaan telah menggazet Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Ordinan ini menyenaraikan kuasa-kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) semasa Darurat 2021.

Perlu diingatkan, kuasa ini termasuk dengan kuasa ‘orang yang diberi kuasa oleh YDPA:

1) YDPA akan melantik jawatankuasa bebas untuk menjadi penasihat Baginda.

Advertisement

2) YDPA mempunyai kuasa untuk mengambil tanah persendirian buat sementara waktu.

3) YDPA juga mempunyai kuasa untuk melarang atau hadkan penggunaan satu-satu tanah walaupun itu tanah persendirian.

4) YDPA mempunyai kuasa untuk meminta sumber manusia, utiliti, aset dan apa-apa kemudahan sumber seperti hospital, tanah, tempat galian atau sumber air.

5) Bayaran pampasan terhadap sumber itu muktamad. Sekiranya Baginda ingin memberi pampasan dengan harga ‘sekian-sekian’ terhadap pemilik sumber, tiada rayuan boleh dilakukan sekiranya pemilik tak puas hati.

6) YDPA mempunyai kuasa penuh untuk keluarkan arahan bagi berikan rawatan, imunisasi, pengasingan atau pengawasan untuk mencegah penyakit berjangkit.

Advertisement

7) Tentera mempunyai kuasa sebagai seorang anggota polis, atas arahan YDPA.

8) YDPA mempunyai kuasa untuk arahkan pekerja bahagian kesihatan ditempatkan di mana-mana tempat walaupun bertentangan dengan jadual yang diperuntukkan oleh pekerja itu.

9) Mana-mana orang yang dilantik YDPA untuk kuatkuasakan arahan rawatan, imunisasi, pengasingan atau pengawasan penyakit berjangkit, telah dilindungi oleh apa-apa tindakan undang-undang.

10) Menteri-menteri dan exco negeri boleh terus menjalankan tugas seperti biasa ikut bidang kementerian masing-masing.

Kredit gambar: BERNAMA

11) Sekiranya ada kerusi ahli parlimen atau Dewan Negara kosong (sebab mati/bankrap/jenayah), tidak perlu digantikan. Artikel 54 Perlembagaan Persekutuan tidak ada kesan.

12) Tidak ada pilihanraya boleh dibuat untuk gantikan kerusi-kerusi yang kosong.

Advertisement

13) YDPA mempunyai kuasa untuk tentukan tarikh pilihanraya umum.

14) Begitu juga dengan Dewan Undangan Negeri (DUN).

15) Tidak ada sidang Parlimen yang berlaku sepanjang tempoh darurat ini.

16) Tidak ada sebarang pembubaran Parlimen berlaku sepanjang tempoh darurat ini.

17) Begitu juga dengan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisement

18) YDPA mempunyai kuasa penuh untuk menambah peraturan dalam Ordinan ini.

19) Ordinan ini mengatasi semua undang-undang dalam Malaysia ini, termasuk Perlembagaan Persekutuan.


20) Siapa-siapa yang melanggar arahan untuk memberi tanah atau sumber, boleh dipenjarakan tak lebih 10 tahun atau didenda tak lebih RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Untuk keterangan Proklamasi Darurat 2021 melalui dokumen asal Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, anda boleh merujuk kepada pautan asal Mufarwa yang dilampirkan dalam pautan di bawah ini:-

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel