‘Alhamdulillah Adik Ni Kuat Semangat Dia’ – Rakam, Sebar Video ‘Sedih’ Anak Kehilangan Bapa Akibat Covid-19, Netizen Tak Setuju Tindakan Individu Ini

Tular di media sosial mengenai satu video sedih, di mana seorang kanak-kanak yang dikuarantin di MAEPS kehilangan bapanya akibat Covid-19.

Raut wajah anak kecil yang bernama Mohamad Nor Atho’ullah sewaktu mendengar berita mengenai kematian ayahnya itu ternyata menyentuh hati netizen yang menyaksikan video tersebut.


Menerusi laporan Harian Metro, kakak kepada Nor Atho’ullah iaitu Nur Kamilatul Alifah memberitahu bahawa mereka sekeluarga sedih dengan pemergian ayah.

Tambahnya, reaksi adiknya yang kelihatan tenang pada masa tersebut mungkin disebabkan dia masih kecil dan belum mengerti apa yang berlaku.

Advertisement

Di Twitter, segelintir netizen meluahkan rasa tidak setuju apabila video kanak-kanak tersebut disebarkan sebegitu sahaja.

Menurut netizen, individu yang merakam momen tersebut perlu mempunyai rasa simpati terhadap anak kecil itu termasuk ahli keluarganya yang lain.

Walau bagaimanapun, keluarga arwah meluahkan rasa syukur kerana ada individu yang sanggup mendoakan dan menghulurkan sumbangan buat mereka sekeluarga.

Terima kasih kepada semua kerana mendoakan dan menghulurkan sumbangan kepada kami. Sebagai anak, saya bersyukur kerana ramai doakan arwah ayah walaupun mereka tidak mengenalinya. Cuma, ibu bukan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) seperti ciapan seorang pengguna Twitter tetapi wad kuarantin biasa saja.

Mengulas mengenai video yang tersebar, Kamilatul memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai video tersebut sehingga menerima kiriman WhatsApp daripada ibu saudaranya.

Jelasnya lagi, bapanya tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19, malah dimasukkan ke hospital atas sebab kakinya bengkak serta dikhuatiri ada nanah. Kamilatul turut memaklumkan bahawa bapanya menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap empat.

Advertisement

Bagaimanapun, ayahnya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 1 Januari selepas sesak nafas dan didapati positif Covid-19.


Mengulas lebih lanjut, Kamilatul turut memberitahu dia bersama ibu serta lima beradik yang lain turut positif wabak berkenaan.

Ini kerana, mereka merupakan kontak rapat antara satu sama lain. Jelas Kamilatul lagi, bapanya selamat dikebumikan kira-kira 7 malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketari , Bentong, Pahang.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago