Wednesday, December 10, 2025

‘Hobi Kami Mahal’ – Papan Tanda Depan Mata Pun Dia Redah Juga!

January 18, 2021
1 min read

Tidak dinafikan akhir-akhir ini, aktiviti sukan berbasikal secara berkumpulan mahupun solo menjadi trend yang semakin diminati.

Namun, di sebalik hobi yang mencecah puluhan ribu ringgit ini, terdapat keluhan-keluhan netizen yang tidak berpuas hati sikap mereka ini.



Seperti perkongsian Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di laman Facebook, meluahkan rasa ‘kecewa’ apabila papan tanda yang diletakkan oleh pihaknya diabaikan oleh sesetengah penunggang basikal.

Foto: Majlis Perbandaran Kuantan

Terpampang papan tanda tidak dibenarkan laluan oleh basikal, diletakkan pula penghadang , namun dipatahkan dan dilalui juga oleh penunggang basikal. Beginilah berulang-ulang masalah laluan ke Teluk Tongkang ini bertahun-tahun.

Menerusi status tersebut, pihak MPK menjelaskan papan tanda yang menghalang penunggang basikal untuk menggunakan laluan tersebut telah diabaikan oleh mereka (penunggang basikal). Malahan, penghadang yang disediakan turut dipatahkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab demi memberi laluan kepada hobi tersebut.

Foto: Majlis Perbandaran Kuantan

Jelas pihaknya lagi, bila keadaan seumpama ini berlaku ia secara tidak langsung membahayakan pengguna lain yang turut menggunakan laluan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan berhubung kes ini. Terdapat juga netizen yang mencadangkan supaya pihak MPK mengambil tindakan tegas dengan mengenakan denda kepada mereka yang ingkar terhadap arahan tersebut.

Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan tindakan penunggang basikal ini yang seolah-olah ‘kebal’ dengan peraturan yang telah ditetapkan.


Sumber: Majlis Perbandaran Kuantan

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik