Connect with us

Terkini

Nazri Aziz Positif Covid-19

Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Memetik laporan Malaysiakini, Nazri dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit ketika sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.



“Zaharin masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini, bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasin mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri sidang media dianjurkan Nazri.

Pada 12 Januari lalu, Nazri menganjurkan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.


Antara yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ketika ini, Nazri sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bahru.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel