Connect with us

Terkini

Tujuh Individu Cetus Provokasi, Dakwa Polis Tendang Motosikal Ditahan

Georgetown: Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan kemalangan membabitkan dua lelaki yang menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, di sini, petang semalam.

Semua lelaki berusia antara 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong, di sini, hari ini.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dua daripada lelaki terbabit didapati mempunyai tiga hingga lima rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

Beliau berkata, selain itu ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis THC.

Advertisement

“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok bagi tujuan permohonan reman.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan termasuk melakukan tangkapan susulan terhadap suspek lain yang dikenalpasti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam selain Seksyen 506 Akta sama iaitu kesalahan melakukan ugutan jenayah.

Menurutnya, kes turut disiasat mengikut Peraturan 16 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Polis turut menjalankan siasatan terhadap hantaran di media sosial termasuk Facebook dan aplikasi WhatsApp yang didapati tidak tepat dan berbaur

Advertisement

fitnah sehingga menjejaskan imej PDRM.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 017-9272027 bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 5.20 petang semalam, dua lelaki terbabit dikatakan parah akibat terjatuh daripada motosikal yang didakwa ditendang dua anggota polis.

Gambar dan video kejadian itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Advertisement


Menerusi video berkenaan, ramai penduduk tidak berpuas hati dan mengerumuni serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang dikatakan menendang motosikal ditunggang dua lelaki terbabit.

Namun, menerusi laporan dibuat pemandu kereta, mendapati dua lelaki terbabit yang tidak memakai topi keledar melarikan diri daripada polis dan melanggar lampu isyarat merah sebelum berlanggar dengan keretanya.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel