Wednesday, December 10, 2025

Tajuddin Rahman Pula Didapati Positif COVID-19

January 20, 2021
1 min read

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.



Dalam satu kenyataan di Facebook beliau pagi ini, memberitahu menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau, eloklah melakukan ujian saringan Covid-19.

“Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau,” jelas kenyataan itu.

Tajuddin menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang turut disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di hospital di Kota Bharu, Kelantan.


Kedua-dua mereka hadir satu majlis sidang media oleh Nazri, pada 11 Januari lalu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beberapa ahli politik termasuk menteri Kabinet juga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin.

HANGAT MINGGU INI

Pemilik klinik swasta antara 4 ditahan terbabit kes kad palsu vaksinasi

KOTA BHARU: Polis menahan empat individu, termasuk seorang pemilik sebuah klinik swasta

KKM: Hampir Semua Kes Baru Hari Ini Tidak Bergejala, Gejala Ringan

Hanya 1.6 peratus atau 243 kes daripada 14,954 kes baru Covid-19 yang