Connect with us

Terkini

‘Bapa Tetap Ziarah Pusara Anaknya’ – Anak Saman Bapa RM864,000, Maut Sehari Sebelum Perbicaraan

Bandung: Seorang wanita di daerah Cinambo, di sini, sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di Mahkamah Daerah Khas Bandung.

Kompas.com, melaporkan, Koswara, 85, disaman anak ketiganya, Masitoh yang merupakan seorang peguam.



Masitoh dikatakan bersama abangnya, Deden mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya itu.

Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah.

Advertisement

Masitoh dilaporkan maut akibat serangan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di mahkamah berkenaan.

Untuk rekod, Koswara memiliki enam anak iaitu yang pertama bernama Imas diikuti Deden, Masitoh, Ajid, Hamidah dan Muchta.

Anak kelimanya, Hamidah yang memimpin ayahnya ke mahkamah berkata, ayahnya baru mengetahui berita pemergian Masitoh selepas mahkamah berhenti bersidang dan tetap menziarahi pusara anaknya.

Peguam Masitoh, Komar Sarbini berkata, saman itu difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.


“Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan mahkamah,” katanya.

Advertisement

Saman itu berhubung harta warisan seluas 0.3 hektar milik Koswara. – Agensi

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel