Connect with us

Terkini

Mesej Tular Kata Dr Mahathir Dirawat Di Hospital Adalah Tidak Benar

Pesanan yang tersebar di media sosial, termasuk di WhatsApp, yang menyatakan Dr Mahathir Mohamad tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas adalah palsu, menurut beberapa individu yang rapat dengan bekas perdana menteri itu.



Anaknya Marina, serta salah seorang pembantu Mahathir, mengesahkan kepada Malaysiakini yang dia tidak dimasukkan ke hospital mahupun sakit.

“Tun Dr Mahathir masih sihat walafiat dan berada di rumah hari ini. Alhamdulillah,” ciap pembantunya Adam Mukhriz Muhayeddin di Twitter.

Pesanan itu tersebar sehari selepas Mahathir memaklumkan di blognya yang seorang ahli keluarganya dijangkiti Covid-19 dan kemudian menjangkiti beberapa yang lain, ketika menjalani kuarantin di rumah.

Advertisement

Menurut Mahathir, pesakit itu diarahkan kuarantin di rumah memandangkan keadannya tidak teruk. Bagaimanapun dia dimasukkan ke hospital setelah keadaannya memburuk, termasuk mengalami kesukaran bernafas.

Dia kemudian menasihatkan kerajaan agar menimbang semula ketetapan kuarantin di rumah bagi pesakit Covid-19 yang berisiko rendah.


Pada masa ini, protokol Kementerian Kesihatan (KKM) adalah membahagikan kes positif kepada lima kategori, dengan Kategori 1 (tiada gejala) dan Kategori 2 (gejala ringan) diarahkan untuk kuarantin di rumah. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel