Wednesday, October 08, 2025

Dr Erin Nafi Gila Talak,”Dah Cerai Pun Saya Masih Beri Nafkah Pada Bekas Suami…”

January 29, 2021
1 min read

Baru-baru ini, bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin, didakwa menegur netizen kerana memuat naik video kompilasi ‘lelaki curang’ dan terpapar beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip bekas suaminya itu.

Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, Dr Erin memberitahu bahawa dia masih menyantuni kesemua bekas suaminya dan keluarga iparnya. Tambahnya, dia masih memberi nafkah kepada bekas suami walaupun mereka sudah bercerai.



Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get backlah, gila talak. Hello, nak habaq mai dekat sini, saya bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka. Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit.

Akak yang dituduh perempuan tak baik ni lah duk tolong. Walaupun depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu sifat saya.

Menurut Dr Erin, dia bukanlah seorang yang pendendam. Sebagai bukti, dia menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami  yang meminta wang dan bantuan daripadanya. Tambahnya, screenshot tersebut merupakan salah satu bukti perbualannya dengan bekas suami sebelum Da’i Farhan. Rata-rata netizen menyatakan Dr Erin merupakan satu dalam seribu wanita yang menanggung nafkah suami.


Sumber: Astro Gempak

HANGAT MINGGU INI

Pelancong Malaysia Jadi ‘Tetamu Tak Diundang’ Running Man, Berjaya Jawab Kuiz Dengan Mudah & Buat Netizen Bangga

KUALA LUMPUR – Perjalanan dua wanita Malaysia yang bercuti ke Korea Selatan

Robert Redford Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

LOS ANGELES – Dunia perfileman antarabangsa kehilangan seorang lagi lagenda apabila pelakon