Monday, December 08, 2025

Ini Cadangan Tun Mahathir Untuk Pilih Pemimpin Terbaik Untuk Mentadbir Negara

January 29, 2021
1 min read

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan percaya pemimpin yang taat pada perintah agamanya adalah seorang yang layak untuk mentadbir negara dengan baik dan berkesan.

Bila seseorang itu menjaga agamanya dengan baik, maka dia akan menjadi penentu sama ada sistem pentadbiran sesuatu negara itu berfungsi dengan baik atau tidak.



“Jika pemerintah fokus untuk membangunkan dan melakukan yang terbaik untuk memanfaatkan negara sepanjang pentadbirannya, maka demokrasi akan berfungsi.”

“Namun, jika seseorang itu kekal memerintah terlalu lama, sentiasa ada kecenderungan untuk beliau menyalahgunakan kuasa dan sistem pentadbiran.”

“Untuk pastikan individu dilantik dalam sistem demokrasi akan menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, ia bergantung pada sistem nilai, yang menentukan kualiti dan sikapnya.”

“Bagi seorang pemimpin, perlunya dedikasi pada nilai tertinggi. Ertinya, jika pemimpin itu beragama dan taat pada nilai agama, kebiasaannya beliau akan menjadi pemimpin yang baik.” – Kata Tun Mahathir dalam Dialog Perdana 2021.


Tun Mahathir juga tidak menafikan ada pemimpin yang melakukan rasuah dengan membayar rakyat untuk mendapat undi.

Jadi Tun Mahathir berharap agar pendidikan negara dapat melahirkan seorang pemimpin yang lebih bersih.

Sumber: Berita Harian

HANGAT MINGGU INI

Positif COVID-19: Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Terkini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah disahkan positif

Kesihatan Tun Mahathir tunjuk peningkatan, berselera makan

Keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor telah menunjukkan