Friday, December 12, 2025

Ayda Jebat Kongsi Video ‘Mesra’, Akui Suami Suka Bau Ketiak

January 30, 2021
1 min read

Sejak belakangan ini, pelakon, Ayda Jebat sering memuat naik video ‘sweet’ bersama suaminya, Nabil Mahir di Instagram Story.

Terbaru, Ayda dan Nabil sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila mereka didakwa merakam aksi manja di media sosial tersebut.


Menerusi rakaman video berdurasi 0:31 saat itu, Nabil kelihatan sedang mencium dan bermanja dengan Ayda.

Malah, Ayda turut mendedahkan suaminya bukan sahaja suka bermanja tetapi turut suka menghidu ketiaknya.

Menerusi rakaman tersebut, Ayda menulis kapsyen di mana ada segelintir individu yang meninggalkan komen bahawa ‘ambil lah suami Ayda Jebat sebab manja’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“So clingy macam kucing! Help me! Sayang kita sampai ke tua, Good night semua! Yang single bawa bertenang ya. ‘Be with someone who is proud to have you & loves you unconditionally’.”

Terdahulu, Ayda pernah memuat naik video dan kapsyen di mana dia berharap hubungan dan kasih sayangnya bersama Nabil akan kekal sampai ke hari tua. Malah, Ayda turut meninggalkan nasihat buat semua agar pilihlah insan istimewa yang selalu bangga memiliki kita dan sayang diri kita sepenuhnya.

Awak over sangat


Di Twitter pula, rata-rata netizen mendakwa pasangan tersebut terlalu ‘over’. Malah, mereka memberi nasihat buat Ayda dan Nabil agar tidak terlalu menunjuk kemesraan.

Sumber: Ayda Jebat