Monday, December 08, 2025

Rita Rudaini Akui Bekas Suami Penyayang, Pernah Bermalam Seminggu Dengan Anak-Anaknya

February 1, 2021
1 min read

Tular sejak kebelakangan ini isu kemelut yang melanda pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan.

Menerusi Melodi TV3 Rita menjelaskan situasi sebenar mengenai isu itu, malah dia turut memberitahu umum bahawa Aidil sangat sayangkan anaknya, bahkan pernah bermalam seminggu dengan anak-anaknya.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

“Selama mana mengenali ‘bekas’ itu, dia memang tak pandai cakap. Bukan itu orangnya, siapa yang memuat naik status itu faham-faham jela. Kisahnya bermula pasal resit-resit buku ada orang suruh ‘claim’. Tapi kami jujur cakap bapak-bapak dia dah ‘claim’.”

Rita berkata lagi dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pihak Aidil memuat naik kenyataan mengenai nafkah anak. Dia tidak pernah menafikan Aidil memberikan nafkah anak-anaknya, namun netizen yang memberitahu jumlah nafkah anak-anak tidak cukup.

“Kalau kami tak bersyukur kami minta macam-macam. Kami tak pernah minta duit sebab kami ada kaki tangan, masih boleh kerja. Kami cuma minta anak-anak berdoa untuk ‘Daddy’ dia lembut hati, boleh ingat mereka.”

Tambah Rita lagi, Aidil lebih mengenali dirinya memandangkan sepanjang perkahwinan terdahulu dia tidak pernah meminta duit dan pandai berdikari.

Dalam pada itu, Rita turut mendedahkan rahsia dimana Aidil ada berjumpa anak-anak secara sembunyi. Malah pernah tidur di rumahnya selama seminggu tanpa pengetahuan sesiapa.

“Aidil seorang lelaki penyayang, dia sangat sayangkan anak-anaknya. Kami terbaca ‘belah sana’  ada beritahu kami tak bagi jumpa anak kami. Tapi macam mana Aidil boleh mai rumah kami, tidur dengan anak-anak dia. Benda itu Aidil tak pernah cerita kat sesiapa. Ni nak pecah rahsia!”


Menurut Rita, Aidil terpaksa sembunyi sembunyi jumpa anak sebelum ini kerana terdapat beberapa masalah. Malah, Rita turut mendedahkan rahsia bahawa pernah menyewa satu apartment semata-mata Aidil ingin berjumpa anaknya. Perkara ni tidak pernah diberitahu umum kerana menjaga privasi Aidil sendiri.

“Orang keliling yang melebih-lebih yang memecah belah hubungan antara anak dah bapak. Jangan takut kami dah tua, dia masih segak muda lagi.”

Akhir sekali, Rita Rudaini meminta agar netizen-netizen tidak membuat mulut menuduh pihaknya tidak membenarkan Aidil berjumpa anak-anaknya. Dia turut memberitahu bahawa kali terakhir Aidil bertanyakan mengenai anak-anaknya adalah pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

Sumber : Melodi TV3

HANGAT MINGGU INI

“InsyaAllah kamu menuntut di dunia, kami menuntut di akhirat” – Zul Yahya Dan Rita Rudaini Mula Bersuara Terhadap Kenyataan KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ hidup