Connect with us

Terkini

Isa Samad Bersalah Atas Sembilan Tuduhan Rasuah RM3 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. ISA abdul Samad bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3.09 juta, enam tahun lalu.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskam demikian selepas mendapati pembelaan gagal patahkan kes atas imbangan kebarangkalian.

Pada masa ini, pihak pembelaan sedang membuat rayuan bagi hukuman.



Berdasarkan pertuduhan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Advertisement

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015 di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sumber: Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel