Connect with us

Terkini

Ramai Terkejut Che Nom Dapat RM7,762 Hanya Untuk 1 Video Resepi Ayam Masak Butter

Youtuber masakan terkenal, Che Nom telah menarik perhatian netizen apabila berkongsi pendapatan yang diperolehnya hasil daripada hanya satu video yang pernah dimuat naik pada dua tahun yang lepas.

Pemilik nama sebenar Normah Bakar, 39, ini berkongsi perkara tersebut menerusi satu muat naik di laman Twitter miliknya.

Che Nom berkata dia agak terkejut apabila video resepi ayam masak butter yang dimuat naik pada Julai 2019 memperoleh pendapatan yang agak tinggi iaitu RM7,762.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Che_Nom (@che_nom)




“Video lama Che Nom Ayam Masak Butter, nak tergelak pon ada tengok ni.

“Tapi dah dapat RM7,762 dari video ni. Cuba untuk percaya kebolehan anda, bukan dengan bakat.

“As along as you have growth mentality you’ll be just fine,”

Advertisement


Rata-rata netizen terkejut dengan jumlah wang diperoleh yang diperoleh Che Nom pada satu video masakan sahaja.

Malah, ramai mahu menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam menceburi bidang baru.

Terdahulu, nama Che Nom menjadi trending semula di laman sosial sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dikuatkuasakan.

Popular dengan pembuka kata ‘hai semua’ itu sebelum ini menjadi pilihan tontonan netizen di platform YouTube sewaktu PKP pertama kali dilaksanakan Mac tahun lalu.F

Advertisement

Che Nom mengizinkan orang ramai untuk menggunakan resipi yang dikongsinya di media sosial untuk apa saja tujuan termasuk berniaga.

Jelas Che Nom, kesemua resipinya tidak diletakkan tanda dagang dan menyifatkan perkongsiaannya selama ini atas dasar berkongsi rezeki.

“Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, gunalah… Tak perlu minta halal minta izin pun.

“Tak ada trademark. Insya-Allah sama-sama kita cari rezeki,” katanya.

Ciapan Che Nom itu mendapat pujian dan reaksi positif dari wargamaya. Pada masa sama mendoakan agar YouTuber yang semakin dikenali itu dimurahkan rezeki.

Advertisement

Selain Che Nom, beberapa selebriti masakan media sosial antaranya Khairul Aming, Azie Kitchen dan Danish Harraz tidak lokek berkongsi petua dan resipi mereka kepada orang ramai.

Che Nom mula berjinak dalam arena YouTube pada 2013 dan sehingga kini saluran YouTube Che Nom telah mengumpul lebih 994,000 subscriber dan hampir 90,000 pengikut di Instagram.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel