Monday, December 08, 2025

“Umi Minta Maaf” – 67 Penghuni Baitus Solehah Positif Covid-19, 22 Bayi Turut Dijangkiti

February 3, 2021
1 min read

JOHOR BAHRU – Seramai 67 individu melibatkan penghuni dan pekerja rumah perlindungan Baitus Solehah di Skudai dekat sini, disahkan positif COVID-19 hari ini selepas beberapa siri ujian calitan dijalankan, sejak 28 Jan lepas.

Pengurusnya Muna Liza Ismail berkata antara yang positif ialah 22 bayi yang berusia antara 10 hari hingga setahun serta 37 remaja dan wanita berumur 15 hingga 32 tahun.



Katanya, beliau dan suaminya serta pekerja rumah perlindungan itu turut dijangkiti wabak berkenaan.

“Saya meminta maaf kepada mereka yang terkesan. Ketika ini, semua penghuni yang positif telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan Hospital Permai di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

Menurutnya, kes positif COVID-19 itu mula dikesan di rumah perlindungan berkenaan pada 28 Jan lepas apabila seorang daripada penghuni memaklumkan dirinya berasa lemah sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

“Dari mana sumber (punca) COVID-19 di Baitus Solehah ini masih dalam siasatan. Kami tidak keluar ke mana-mana, hanya ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Kami juga sentiasa mematuhi prosedur operasi standard termasuk memakai pelitup hidung dan penjarakkan fizikal,” katanya.


— BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Pemilik klinik swasta antara 4 ditahan terbabit kes kad palsu vaksinasi

KOTA BHARU: Polis menahan empat individu, termasuk seorang pemilik sebuah klinik swasta

KKM: Hampir Semua Kes Baru Hari Ini Tidak Bergejala, Gejala Ringan

Hanya 1.6 peratus atau 243 kes daripada 14,954 kes baru Covid-19 yang