Tuesday, December 09, 2025

[VIDEO] Tular Wanita ‘Maki’ Pengguna Jalan Raya Disahkan Bukan Kakitangan Hospital, KKM

February 3, 2021
1 min read

Tular di media sosial mengenai sebuah rakaman dashcam yang memperlihatkan seorang pemandu melakukan pusingan U  hingga mengakibatkan kesusahan kepada pemandu lain.

Malah dikatakan pemandu yang turut melakukan provakasi itu dipercayai seorang doktor.



Terbaru, menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemandu yang viral di media sosial itu bukan kakitangan Hospital Serdang dan KKM.

Menurut Pengarah Hospital Serdang, pihaknya mengambil maklum akan isu tular di laman media sosial Twitter milik Fadzil Amin, bertarikh 2 Februari berkenaan kelakuan seorang wanita yang didakwa doktor telah melakukan pusingan ‘u’ di lampu isyarat di hadapan hospital berkenaan serta dialog antara pemandu dan pemilik Twitter.

Oleh itu, semakan telah dibuat dan pihak hospital mendapati wanita tersebut seperti dakwaan Fadzil Amin adalah bukan kakitangan Hospital Serdang dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: KKM

HANGAT MINGGU INI

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir, Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Perjuangan penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat,