Connect with us

Terkini

Kartunis Petai Yang Popular Dengan Majalah Ujang Meninggal Dunia

Kartunis yang terkenal dengan watak Dukun Petai menerusi majalah Ujang, Roslan Kassim meninggal dikhabarkan telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Menerusi perkongsian warganet Hadi Hilman dalam ‘group’ Facebook Kolektor Kartun Malaysia, arwah didakwa meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai kerana sesak nafas di Hospital Serdang.

Allahyarham, 49, telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di Hospital Serdang sekitar jam 8:14 pagi tadi.



Selain itu, banyak sumber lain daripada rakan-rakan kartunis, saudara dan orang awam juga memaklumkan perkhabaran duka yang sama.

Advertisement

Petai yang dilahirkan di Melaka terkenal dengan kartun-kartun tanpa dialog seperti Dukun Petai dan Pendekar Gunung Terkelendat.

Advertisement

Selain pernah berkhidmat di majalah Ujang, Allahyarham juga pernah melukis kartun di majalah Gelihati, Gila-Gila dan Apo.


Sementara itu, individu bernama Yaya Closet yang juga merupakan anak saudara arwah juga memaklumkan perkara sama menerusi satu kenyataan di Facebook.

“Dapat perkhabaran, bapa saudara saya telah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk Pak Usu. Mohon beri Al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

“Hilangnya bintang kartunis majalah Ujang..Petai Palooza,” katanya dalam hantaran tersebut, pagi ini.

Advertisement
Gambar: Yaya Closet
Gambar: Kolektor Kartunis Malaysia

Arwah Roslan merupakan salah seorang kartunis yang pernah mewarnai majalah-majalah humor tempatan seperti Ujang dengan menggunakan nama penanya, Petai.

Arwah juga turut menghasilkan komik humornya sendiri dengan berjudul ‘Petai Palooza’.

Salam takziah untuk arwah Roslan Kassim @ Petai. Al-Fatihah.

Sumber: Kolektor Kartun Malaysia / Yaya Closet / Twitter / Zunar

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel