Connect with us

Terkini

‘Mana Dapat Figure Ni’ – Che Nom Nafi Pendapatan Bulanan Sebagai youtuber Cecah RM120k

Youtuber masakan terkenal tampil menafikan menerima pendapatan bulanan sebagai youtuber mencecah sehingga RM120k.

Ianya susulan terdapat dakwaan beliau menerima pendapatan sebanyak itu daripada video-video masakan yang dikongsikan menerusi platform perkongsian video iaitu Youtube.

Che Nom yang memiliki pengikuti di laman YouTube seramai 997k subscribers berkongsi video yang berfokuskan perkongsian resipi masakan termasuklah makanan Melayu dan manisan.

Che Nom sebelum ini sempat screenshot kenyataan yang dikeluarkan satu portal berhubung pendedahan pendapatan bulanannya didakwa cecah RM120 ribu sebulan.

Advertisement



Screenshot berkenaan dimuat naik melalui laman Twitternya dan telahpun diturunkan selepas wakil dari portal berkenaan memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

Youtuber itu mendakwa dan menganggap pendedahan pendapatannya cecah sekitar RM120 ribu sebulan adalah sebagai keterlaluan dan tidak tepat.

Terbaru, Che Nom menjelaskan bahawa dia sudah menerima permohonan maaf dari portal berkenaan.

Susulan itu, artikel dari portal berkenaan sudahpun diturunkan.

Tambah Che Nom lagi, pendapatan dari laman Social Blade terlalu meluas dan dinasihati supaya tidak menjadikan laman ini sebagai rujukan untuk menyemak pendapatan mana-mana Youtuber atau influencer.

Advertisement

Terdahulu  Che Nom tular selepas muat naik ciapan di Twitter mengatakan sesiapa yang nak guna resipi dia untuk berniaga, boleh sahaja guna dan tak perlu pun minta halal atau minta izin.


Tak cukup dengan itu, Che Nom juga turut memberikan izin untuk orang mengambil gambar resipinya untuk dijadikan banner atau sticker. Wahh, terbaiklah Che Nom.

“Kalau guna resepi Che Nom, nk gambar buat niaga untuk sticker ke banner ke apa.. ambik aja kat website tu.”

Disebabkan ciapannya itu, nama Che Nom telah trending di Twitter dan rata-ratanya semua memuji sikap Che Nom yang tak kedekut langsung ni!

Advertisement

 

Sumber: Che Nom

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel