Connect with us

Terkini

‘Pakcik Meniaga Dekat Sini Jual Air Kelapa, Isteri Kat Rumah Jaga Cucu’ – Pak Cik Ini Menangis, Tadah Tangan Berdoa Bila Terima Sedekah

Di usia yang mencecah 80 tahun, pakcik ini tetap gigih bekerja menjual air kelapa untuk menyara kehidupannya dan isteri serta cucu tercinta.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Aida, menceritakan pengalamannya membeli air kelapa daripada seorang peniaga di tepi jalan menerusi satu thread ringkas.

“Aku tak boleh kalau bab mcm ni sumpah bukan nak menunjuk tapi saje nak bagi peringatan kat kita yang muda. Jangan take them for granted. Mcm mana kita buat kat parents kita mcm tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun! Isteri jaga cucu kat rumah.”, tulis Aida.


Gadis ini menjelaskan  tujuannya untuk berkongsi kisah warga emas ini bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak namun berharap ianya dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

Kisahnya bermula, apabila dia sudah beberapa kali menjadi pelanggan kepada warga emas ini yang menjual air kelapa menggunakan lorinya di tepi jalan.



Pada masa yang sama, gadis ini turut perasan warga emas ini berulang kali memakai baju yang sama yang kelihatan sudah lusuh. Jelas gadis ini lagi, isteri kepada warga emas ini berada di rumah sedang menjaga cucu-cucunya manakala dia membanting tulang dengan meniaga.

Prihatin dengan apa yang telah terjadi, gadis ini menghadiahkan warga emas ini banting yang boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan warga emas ini.

Pada masa yang sama, gadis ini turut menceritakan dia sama sekali tidak mengenali warga emas ini dan niatnya untuk menegur hanya ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh warga emas ini.

Advertisement

Tidak berakhir di situ, dia juga menggambarkan warga emas itu sebagai datuknya sendiri yang mempunyai iras yang sama dengan wajahnya.

“Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur macam ni mungkin macam ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sangat perubahan parents aku.”

Dia juga sempat memberikan sedikit duit buat warga emas itu. reaksi warga emas ketika itu membuatkan dia berasa sebak.

Dia menjelaskan thread yang dibuat olehnya bukan ingin mengaibkan mana-mana pihak tetapi hanya ikhlas ingin membantu warga emas itu.

“Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok orang tua kena hadap benda mcm ni.”

Advertisement

Sumber: Aida

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel