Pemandu Wanita Tular Maki Pemuda Buat Permohonan Maaf, Minta Sebarkan Positiviti – “Jika Saya Betul, Saya Maafkan Semua”

Seorang profesor madya membuat permohonan maaf di atas tindakannya memaki hamun seorang pengguna jalan raya, sebelum ini.

Bahariah Khalid yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) memuat naik gambar bertulis perkataan ‘maaf’ di Instagram miliknya.

Wanita itu turut menulis kapsyen “Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Spread the positivity. Im done. Assalamualaikum”


Terdahulu, satu video tular di media sosial apabila seorang individu dipercayai doktor mendoakan orang awam supaya dijangkiti Covid-19.

Advertisement

Dua video berasingan yang dimuat naik di laman Twitter masing-masing berdurasi dua minit 20 saat dan 30 saat itu menyaksikan sebuah kereta yang dipercayai dipandu seorang doktor melakukan pusingan U sesuka hati di kawasan sekitar Hospital Serdang.

Tindakan wanita itu nyaris menyebabkan berlakunya kemalangan dengan kenderaan lain.

Pengguna Twitter Fadzli Amin atau @Fadzmin yang memuat naik dua video itu memaklumkan pemandu tersebut yang juga seorang doktor telah melakukan provokasi.

“@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ini kah sahsiah seorang doktor? Lokasi di Hospital Serdang.

“Cara dia membuat pusingan U membahayakan orang lain dan melakukan provokasi melampau. Wajarkah seorang doktor mendoakan orang lain kena (dijangkiti) Covid-19?,” ciap @Fadzmin.

Advertisement

Dalam pada itu, menurut sumber, pihak Hospital Serdang menafikan wanita berkenaan merupakan kakitangan atau pengamal perubatan Hospital Serdang.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago