Connect with us

Terkini

Mahkamah Persekutuan Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Islam

Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan seorang wanita, yang berbapakan Muslim dan beribukan bukan Muslim, diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Keputusan itu dibuat setelah sembilan panel hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mendengar rayuan Rosliza hari ini.



Menurut laporan Harian Metro, dalam membenarkan rayuan Rosliza, Tengku Maimun berkata, tiada bukti wanita itu yang dibesarkan ibunya yang beragama Buddha sejak kecil pernah menganut Islam.

Rosliza memfailkan saman pemula pada 2015 bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam dan mendiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.

Advertisement

Dia mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu dan rayuannya juga ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel