Connect with us

Terkini

Sangka Anak Tidur Rupanya Telah Mati Dibunuh

Mayat seorang lelaki warganegara Indonesia telah ditemui selepas mangsa dipercayai terjun dari tingkat atas bangunan rumahnya. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa didakwa telah membunuh anak kandungnya terlebih dahulu sebelum bertindak membunuh diri.

Terbaru, jiran kepada kanak-kanak yang didakwa dibunuh oleh bapa kandung itu telah menceritakan tentang kejadian yang menimpa keluarga terbabit.

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, jiran yang dikenali dengan nama Marsiah Sadili memaklumkan bahawa ketika kejadian dia baru sahaja selesai solat Asar. Dia yang mendengar jeritan ibu mangsa bergegas ke rumah terbabit dan mendapati kanak-kanak berusia tujuh tahun itu telah meninggal dunia.



“Saya terdengar dia meraung selepas mengetahui anaknya sudah mati,”

Advertisement

“Saya melihat mangsa dalam keadaan terbaring di katil serta berpakaian penuh tanpa ada kesan-kesan kecederaan fizikal yang jelas.”

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, dia memaklumkan bahawa ibu mangsa pada awalnya tidak tahu keadaan sebenar sehinggalah dia memanggil anaknya itu berkali-kali. Tetapi anaknya langsung tidak menyahut.

“Dia kemudian mengejutkan anaknya yang disangka tidur, namun kanak-kanak itu didapati sudah tidak bernyawa.”

Sementara itu, wanita ini memberitahu bahawa suami jirannya baru sahaja keluar rumah dan tidak lama selepas itu mereka dimaklumkan tentang penemuan mayat mangsa di kawasan parkir motosikal. Difahamkan, mangsa dipercayai telah terjun dari tingkat atas bangunan kediaman terbabit.

“Tiga bulan lalu, saya pernah mendengar pasangan suami isteri itu bergaduh, namun hanya beberapa minit.”

Advertisement

Susulan daripada insiden ini, seramai tiga individu termasuk ibu kandung kanak-kanak terbabit telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel