Friday, December 12, 2025

TMJ Salur Bantuan RM200k Untuk Golongan Asnaf, Mahu Taja Team Ebit Lew Tunai Umrah

February 5, 2021
1 min read

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kagum dengan usaha pendakwah popular Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi milik baginda bertitah, Ustaz Ebit Lew sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

“Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.”



“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.”

Baginda juga memberi sumbangan kepada usaha kebajikan agar UEL dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya. Akhir sekali, TMJ mendoakan agar UEL dirahmati dan diberkati Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.”

Ustaz Ebit Lew turut melahirkan rasa syukur dengan sikap mulia TMJ yang membantunya dalam menjalankan misi kemanusian ini.

Malah, TMJ turut menaja pasukan UEL ke Umrah secara percuma berserta RM200 ribu sumbangan untuk orang ramai.

Rata-rata rakyat di ruangan komen memuji sikap TMJ yang berjiwa rakyat dan mendoakan kesejahteraan baginda.

Sumber : HRH Crown Prince of Johor

HANGAT MINGGU INI

Kes Bella: Tambah baik undang-undang, audit pusat jagaan – TMJ

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengemukakan tiga cadangan kepada

Selepas isteri, TMJ pula bersuara untuk adik Bella

Sebelum ini isteri TMJ sudah pun bersuara mengenai kes melibatkan pengasas Rumah