Connect with us

Terkini

Tular Komen ‘Lucah’ Di Facebook Live Menteri Kanan Keselamatan, Wanita Mengaku Malu Suami Guna Akaun Facebook Miliknya

Semalam tular di sosial media memaparkan satu tangkap layar yang berbaur lucah dalam Facebook Live ketika sidang media oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Komen berbaur lucah itu telah menjadi pertikaian dalam kalangan netizen sehingga menarik perhatian seorang penceramah bebas untuk mengulas mengenai perkara itu.

Seorang wanita yang juga merupakan pemilik akaun Facebook tersebut memberitahu bahawa komen itu ditulis oleh suaminya.



Berdasarkan perkongsian penceramah bebas, Akhi Fairuz Jengkawi menjelaskan bahawa hal ini secara tidak langsung memberi imej buruk kepada pemilik akaun Facebook tersebut.

Advertisement

“Sana sini disebar screenshot komen ini. Habis dijaja ke seluruh media sosial.”

“Masing-masing mengaibkan beliau, meletakkan caption lucah serta melawak-lawakkan ia.”

“Rupa-rupanya, puan ini beri tahu yang menulis komen itu suaminya; menggunakan acc personal beliau.”

“Jika perkara ini benar, maka ketahuilah perbuatan si suami sangat jahat dan jahil sekali!!”

“Lawak ke tulis komen macam tu? Seronok aibkan isteri sendiri? Sudahlah puan ini menyebut yang dirinya seorang guru.”

“Allahurabbi! Semoga Allah bantu puan ini.”

Menurut Akhi, perbuatan si suami itu dikatakan sangat jahil dan membuka aib si isteri. Jelas Akhi lagi, suami wanita berkenaan juga telah mengaku menggunakan Facebook isterinya untuk meninggalkan komen seperti itu. Dia mengakui tindakannya itu hanyalah sekadar untuk membuat lawak sahaja. Tetapi selepas dikritik dan mendapat kecaman daripada netizen, dia telah memadam komen tersebut.

 

Menerusi status terkini oleh penceramah bebas tersebut si suami ada membuat live di Facebook menjelaskan situasi tersebut.

“Si suami ada buat live fb mengaku memang dia gunakan fb isteri utk komen begitu.’

‘Katanya lagi, niat dia nak perli kerajaan dan melawak je.”

Advertisement

“Bodohnya lah. Bila netizen fb serang, dia delete.”


Sumber: Akhi Fairuz Jengkawi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel